Stesen TV dan radio diminta siar doa Qunut Nazilah solidariti tahanan GSF

Kementerian Komunikasi mengarahkan semua stesen televisyen dan radio di seluruh negara menyiarkan bacaan doa Qunut Nazilah dalam slot utama.
Kata Menterinya, Datuk Fahmi Fadil, ia sebagai tanda solidariti dan doa keselamatan sukarelawan Malaysia serta pasukan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan Israel.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut diarahkan mempertingkat pemantauan kandungan berkaitan konflik itu di ruang siber, dengan tindakan tegas diambil terhadap sebarang cubaan menyebar propaganda Zionis, hasutan atau maklumat yang menjejaskan sensitiviti awam.
Orang ramai dinasihatkan merujuk maklumat rasmi daripada Kementerian Luar dan Sumud Nusantara Command Centre di bawah MAPIM bagi mengelak penyebaran berita palsu.




