Uncategorized
Warga emas maut ditikam anak perempuan

Seorang wanita warga emas berusia 70 tahun maut selepas dipercayai ditikam anak perempuannya di Taman Wang, Menglembu, Ipoh pada Ahad, 27 September.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, mangsa ditemukan dengan kesan tikaman di dada selepas polis menerima laporan kira-kira jam 7 malam.
Suspek berusia 49 tahun ditahan di lokasi kejadian dan polis merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian. Suspek juga dilaporkan mempunyai rekod rawatan psikiatri.
Suspek direman sehingga 4 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




