Uncategorized

Mentaliti ‘bukan saya’ punca kebakaran rumah ragut nyawa – JBPM

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mendedahkan 78 peratus kebakaran rumah di negeri itu berpunca daripada masalah elektrik, termasuk pendawaian lama, penggunaan peralatan berkuasa tinggi secara serentak dan penyambungan wayar tidak selamat.

Di samping itu, sikap sambil lewa dengan mentaliti “kebakaran tidak akan berlaku di rumah saya” masih berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Pengarah negeri, Farhan Sufyan Borhan menegaskan, ramai tidak sedar satu soket rosak atau suis terlebih muatan boleh mencetuskan kebakaran, apatah lagi jika rumah menggunakan pendawaian lebih 20 tahun tanpa pemeriksaan.

Lebih membimbangkan, sebahagian besar isi rumah tidak mempunyai pemadam api kerana beranggapan ia hanya perlu di pejabat, kedai atau kilang.

Hakikatnya, alat berharga kurang RM100 itu mampu menyelamatkan nyawa dan harta, malah memberi ruang masa untuk melarikan diri ketika api sedang marak.

Bagi menangani isu ini, JBPM Kelantan giat menganjurkan kempen keselamatan kebakaran di sekolah dan komuniti.

Tahun ini sahaja, 158 program telah dilaksanakan termasuk latihan pengungsian dan cara menggunakan pemadam api dengan betul.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker