Malaysia

PH-Bersatu belum bincang kerjasama untuk PRN Melaka – Fahmi

Tiada perbincangan antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau sendiri tidak terlibat dalam sebarang perbincangan mengenai kerjasama berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengakui perkembangan politik di setiap negeri mempunyai dinamik tersendiri menjelang pilihan raya.

Menurutnya, perkembangan politik di sesuatu negeri tidak semestinya sama dengan negeri lain, termasuk dari segi bentuk penjajaran atau kerjasama antara parti.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa Bersatu tidak akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) secara bersendirian, sebaliknya akan bergerak dalam satu gabungan politik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker