Ribuan raikan pembebasan 1,800 tahanan Palestin

Gaza kembali menyaksikan detik penuh harapan apabila seramai 1,809 tahanan Palestin dibebaskan dan pulang ke tanah air mereka buat pertama kali selepas bertahun-tahun dipenjara rejim Israel.
Kepulangan mereka disambut ribuan penduduk yang membanjiri jalan raya, ada yang memanjat bumbung bangunan dan tembok hanya untuk melambai ke arah konvoi bas yang membawa para bekas tahanan.
Sebahagian daripada mereka berdiri di atas bumbung bas sambil mengangkat simbol kemenangan.
Pembebasan besar-besaran itu adalah sebahagian daripada pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas.
Sebagai balasan, 20 tebusan Israel yang masih hidup telah diserahkan semula ke Israel, manakala empat mayat tebusan turut dihantar ke Tel Aviv untuk proses pengecaman.
Menurut rekod, sejak serangan besar-besaran pada 2023, sebanyak 251 individu telah diculik Hamas, dengan 24 mayat tebusan masih belum dikembalikan kepada Israel.



