Malaysia
Pelajar tingkatan dua tikam pelajar senior hingga mati di sekolah di PJ

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas menikam pelajar perempuan Tingkatan Dua sehingga disahkan meninggal dunia.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya.
Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit yang dilaporkan membawa senjatan tajam dipercayai pisau turut menikam pelajar lain.
Ketika ini, pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan butiran penuh dijangka diperoleh dalam sidang media awal di lokasi kejadian.




