Malaysia
Polis kenal pasti peronda langgar lampu merah di Seremban

Polis mengesahkan sudah mengenal pasti anggota yang terbabit dalam kejadian sebuah kenderaan peronda didakwa melanggar lampu isyarat merah di persimpangan NSK, Jalan Haruan 2, Seremban pada 16 September lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan dalaman sedang dijalankan dan tindakan akan diambil jika berlaku pelanggaran prosedur.
Beliau menegaskan setiap anggota tertakluk kepada peraturan jalan raya kecuali dalam situasi kecemasan yang memerlukan tindakan segera.
Orang ramai turut diingatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian yang turut dirakam dan tular di media sosial.




