Malaysia

Padah makan siang sambil ‘live’ di TikTok, wanita 27 tahun ditahan

Seorang wanita ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) selepas dipercayai membuat siaran langsung di TikTok sambil makan dan minum pada waktu siang Ramadan.

Pengarah Jheains, Datuk Mohd. Asri Abdullah memaklumkan wanita berusia 27 tahun itu ditahan di Kuala Pilah dan disiasat mengikut Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 atas kesalahan penghinaan atau pencelaan terhadap agama Islam.

Siasatan mendapati siaran langsung berkenaan dibuat pada 22 Februari kira-kira jam 6.45 petang dan video itu kemudian tular di media sosial.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker