Dunia

Google buang serta-merta 200 kakitangan menaik taraf sistem AI

Lebih 200 kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja menyemak dan menambah baik produk kecerdasan buatan (AI) Google dilaporkan dibuang kerja tanpa sebarang notis.

Kebanyakan mereka adalah pakar berkelulusan sarjana dan PhD yang menggunakan kepakaran untuk melatih serta memantau produk seperti chatbot dan AI Overviews.

Namun, meskipun memainkan peranan penting, kumpulan ini berdepan isu gaji rendah dan jaminan kerja yang tidak menentu sebelum diberhentikan dalam dua pusingan pemotongan bulan lalu.

Beberapa bekas pekerja mendakwa mereka dipecat secara tidak adil, malah dua daripadanya sudah membuat aduan kepada Lembaga Hubungan Buruh Kebangsaan di Amerika Syarikat.

Kes ini sekali lagi mencetuskan persoalan mengenai cara Google mengurus pekerja kontrak yang menyokong operasi AI syarikat, terutama ketika produk AI mereka kini berdepan pelbagai cabaran undang-undang.

Ia termasuk saman daripada syarikat media besar di AS kerana didakwa menggunakan kandungan tanpa kebenaran.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker