Dunia
Kanak-kanak 2 tahun maut diserang piranha selepas jatuh sungai

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas diserang ikan piranha apabila terjatuh ke sungai berhampiran rumahnya di Amazonas, Brazil.
Mangsa dipercayai terjatuh melalui lubang tidak berpagar pada struktur terapung yang sedang dibina.
Kanak-kanak itu ditemui kira-kira lima minit kemudian, namun sudah meninggal dunia.




