Malaysia

Lelaki ditahan serang suami isteri di restoran kerana ditegur merokok

Polis menahan seorang lelaki di Shah Alam susulan kejadian serangan terhadap pasangan suami isteri di sebuah restoran pada Jumaat lalu. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk permohonan reman.

Kejadian tercetus apabila seorang wanita hamil dan suaminya menegur suspek supaya berhenti merokok, namun dia enggan.

Selepas ditegur berulang kali, suspek menghembus asap rokok ke muka wanita itu sebelum berlaku pertengkaran.

Suspek kemudian menepis telefon bimbit wanita berkenaan yang merakam tindakannya sehingga berlaku tolak-menolak dengan mangsa.

Kes disiasat atas kesalahan mendatangkan kecederaan dengan sengaja serta di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker