Malaysia

Deepavali: 3.28 juta kenderaan dijangka banjiri lebuh raya!

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 3.28 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama sepanjang tempoh puncak sambutan Hari Deepavali yang jatuh pada Ahad, 8 November.

Ketua Pengarah LLM, Ir. Mohd Hadzmir Yusoff berkata, peningkatan trafik dijangka bermula seawal Khamis, 5 November, khususnya bagi pengguna yang menuju ke Pantai Timur, Utara dan Selatan.

Lebuhraya Kumpulan PLUS dijangka mencatat jumlah tertinggi iaitu 2.24 juta kenderaan sehari, diikuti Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) sebanyak 288,000 kenderaan dan Lebuhraya KL-Karak sebanyak 190,000 kenderaan.

Bagi melancarkan perjalanan, LLM mengarahkan syarikat konsesi menangguhkan kerja penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong dari 6 hingga 10 November, kecuali kerja kecemasan.

Sebanyak 30 lokasi smart lane di Lebuhraya PLUS turut diaktifkan, selain penambahan lorong tol sementara, kemudahan parkir dan tandas mudah alih di beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R).

LLM turut mengingatkan pengguna supaya mematuhi arahan ketika laluan smart lane diaktifkan serta memastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet mencukupi.

Penunggang motosikal pula diminta lebih berhati-hati dan menggunakan tempat berteduh yang disediakan ketika cuaca buruk.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker