Malaysia
Rangka manusia, berpakaian seperti wanita ditemukan dalam parit di Mentakab

Rangka manusia dipercayai wanita ditemukan dalam parit kawasan belukar berhampiran Flat Damai Taha, Mentakab, Temerloh kelmarin.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron memaklumkan, polis menerima maklumat awam sekitar jam 12 tengah hari sebelum sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi bersama pasukan forensik IPK Pahang.
Pemeriksaan awal mendapati rangka itu dipercayai milik seorang wanita berdasarkan pakaian yang ditemui, namun tiada dokumen pengenalan diri dijumpai.
Rangka berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat. Kes disiasat sebagai laporan mati mengejut sementara menunggu laporan penuh forensik.



