Malaysia
Talian elektrik terputus, ETS dan KTM Komuter terganggu

Perkhidmatan ETS dan KTM Komuter terganggu hari ini, selepas talian elektrik atas 25kV terputus di antara Stesen Batang Benar dan Stesen Labu.
Menurut KTMB, gangguan berlaku kira-kira 6.24 pagi, dipercayai selepas haiwan menyentuh talian elektrik hidup dan talian bumi.
Beberapa perjalanan ETS dan KTM Komuter mengalami kelewatan atau ditamatkan lebih awal. Penumpang ETS turut dibawa menggunakan bas antara KL Sentral dan Seremban.




