Malaysia

Enam beranak termasuk bayi 12 bulan ‘berumah’ dalam kereta dibantu MAIJ

Enam beranak, termasuk bayi berusia 12 bulan yang terpaksa tinggal di dalam kereta selama tiga hari selepas kehilangan tempat tinggal di Johor Bahru akhirnya dibantu Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Keluarga pasangan suami isteri berusia 30-an itu bersama empat anak berusia antara 12 bulan hingga 14 tahun ditemui di bawah sebuah jambatan di Kampung Ubi selepas diminta keluar dari rumah sewa.

Susulan itu, MAIJ Daerah Johor Bahru menggerakkan bantuan kecemasan dengan menempatkan keluarga berkenaan di penginapan sementara sebelum dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana 1 atau Tiram.

Ketua keluarga berasal dari Batu Pahat dan bekerja di Senai, manakala isterinya suri rumah berasal dari Kedah.

Seorang daripada anak mereka dilaporkan sebagai orang kurang upaya (OKU) dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

MAIJ akan membuat semakan lanjut bagi menyalurkan bantuan zakat yang bersesuaian, dengan pemantauan kebajikan keluarga turut melibatkan jawatankuasa berkaitan di peringkat negeri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker