Malaysia

Sekumpulan monyet dijangkiti pelbagai virus terlepas selepas lori terlibat kemalangan

Beberapa ekor monyet makmal yang dijangkiti virus termasuk hepatitis C dan COVID-19 dilaporkan terlepas selepas lori yang membawa haiwan itu terbabit kemalangan di lebuh raya di Mississippi, pada Selasa.

Haiwan jenis rhesus itu dibawa dari Universiti Tulane di New Orleans, Louisiana, untuk tujuan penyelidikan.

Menurut Jabatan Sheriff Jasper County, monyet berkenaan seberat kira-kira 18 kilogram dan bersifat agresif terhadap manusia, menyebabkan pihak berkuasa memberi amaran agar orang ramai tidak menghampiri kawasan kejadian.

Monyet tersebut juga hanya boleh dikendalikan menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) bagi mengelakkan risiko jangkitan.

Namun, Universiti Tulane menafikan dakwaan bahawa haiwan itu membawa penyakit berjangkit, dan menjelaskan primat bukan manusia dari pusat penyelidikan mereka digunakan bagi tujuan memajukan penemuan saintifik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker