Trump masih ‘tidak boleh move on’ dengan Malaysia ketika berucap di Jepun

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi menyebut Malaysia dalam ucapannya di Jepun, menunjukkan betapa besar kesan peranan negara ini ketika rundingan keselamatan dan perdagangan Asia semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam ucapannya yang tular di TikTok, Trump mengimbas kembali bagaimana bantuan dan fasiliti Malaysia membantu melancarkan proses perdamaian antara Thailand dan Kemboja yang ketika itu berdepan ketegangan serius.
Beliau turut memuji keupayaan Malaysia menyediakan kemudahan terbaik untuk rundingan tersebut.
Trump juga menyanjung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan memainkan peranan penting dalam memastikan rundingan itu berjaya dan menyelamatkan banyak nyawa di rantau berkenaan.




