Malaysia
Kes tembak Sungai Golok: Adik suspek yang terlibat masih bebas

Suspek utama kes tembakan yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Thailand, Sabtu lalu dipercayai melakukan serangan bersama adiknya yang kini masih bebas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kedua-dua suspek dianggap berbahaya kerana berkemahiran menggunakan senjata api dan bertindak ganas ketika kejadian.
Polis kini menyiasat dakwaan bahawa suspek mempunyai dua kerakyatan selain menunggu maklumat lanjut mengenai latar belakangnya daripada pihak berkuasa Thailand.
Tiada rekod jenayah suspek dikesan di Malaysia setakat ini. Polis turut memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand termasuk melaksanakan sekatan jalan raya bagi mengesan adiknya yang masih melarikan diri.



