Malaysia

Lebih 20,000 pendaftaran misi GSF diterima 

Lebih 20,000 rakyat Malaysia mendaftar untuk misi Global Sumud Flotilla (GSF) selepas misi terbaharu pasukan itu berakhir, berbanding hanya sekitar 600 pendaftaran sebelum misi dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri memaklumkan peningkatan mendadak itu menunjukkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan kemanusiaan di Gaza semakin tinggi.

Misi GSF sebelum ini menyaksikan rejim Israel memintas 42 kapal yang membawa 495 aktivis antarabangsa, termasuk 23 rakyat Malaysia.

Semua aktivis terbabit telah dibebaskan secara berperingkat bermula 4 Oktober.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker