Malaysia
Remaja maut disambar petir ketika perlawanan bola sepak

Seorang remaja, Sofwan Aweng, dilaporkan meninggal dunia selepas disambar petir ketika beraksi dalam perlawanan Golok FA Cup di Daerah Sungai Golok, Narathiwat, petang Isnin.
Insiden itu mengundang rasa sedih dalam kalangan komuniti sukan, dengan ucapan takziah dizahirkan kepada keluarga mangsa.
Kejadian berkenaan turut menjadi peringatan kepada orang ramai agar menghentikan sebarang aktiviti luar, termasuk bermain bola sepak, sekiranya cuaca bertukar gelap, kedengaran guruh atau kelihatan kilat.




