Iran ancam ganggu laluan eksport minyak di Selat Hormuz

Iran memberi amaran operasi pemindahan minyak yang membantu negara Teluk meneruskan eksport tenaga boleh menjadi sasaran serangan di Selat Hormuz.
Ketua keselamatan Iran, Mohsen Rezaei mendakwa operasi itu disokong AS dan UAE bagi memindahkan minyak ke kapal tangki besar sebelum dibawa keluar melalui laluan berhampiran Oman. Beliau mendakwa lima hingga enam kapal yang terlibat diserang setiap malam sejak beberapa minggu lalu.
Rezaei turut memberi amaran infrastruktur berkaitan AS di rantau itu, termasuk kabel, pusat data dan kemudahan AI di UAE, boleh menjadi sasaran sekiranya serangan terhadap kemudahan tenaga dan infrastruktur awam Iran berterusan.
Iran sebelum ini mengemukakan tujuh syarat untuk membuka semula Selat Hormuz sepenuhnya dan menamatkan perang, namun menegaskan semua tuntutan itu perlu dipenuhi sebelum sebarang perjanjian dicapai.




