Dunia

Hilang tangan dan kaki tapi tak padam semangat, lelaki China curi tumpuan dunia bina badan

Seorang lelaki China, Liu Xinju, 32, mencuri perhatian ramai selepas bertanding dalam pertandingan bina badan walaupun kehilangan sebelah tangan dan kaki akibat kemalangan jalan raya 10 tahun lalu.

Selepas insiden itu, Liu mengalami kemurungan sebelum kembali bangkit melalui dunia kecergasan dan latihan di gim.

Dia menyertai The 20th Bodybuilding Competition yang berlangsung pada 10 Mei lalu di Jinan, Shandong, China, dalam kategori bawah 65 kilogram.

Aksinya di pentas mendapat tepukan gemuruh penonton dan menjadi simbol inspirasi kerana membuktikan kekuatan mental mampu mengatasi kekurangan fizikal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker