Spotify naikkan lagi harga langganan bermula Februari

Spotify mengumumkan kenaikan harga langganan Premium di beberapa negara bermula Februari meningkat daripada AS$11.99 iaitu kira-kira RM48.70 kepada AS$12.99 (RM52.70) mengikut tarikh bil pengguna.
Menurut Spotify, pelarasan harga itu bertujuan menambah baik perkhidmatan serta menyokong pencipta kandungan, sejajar strategi syarikat yang kini memberi tumpuan kepada pertumbuhan pengguna dan pengembangan kandungan seperti podcast, video dan buku audio.
Bagi pengguna di Malaysia, tiada perubahan harga buat masa ini. Namun, Spotify sebelum ini telah menaikkan harga langganan tempatan pada Ogos 2023 dan sekali lagi pada Ogos 2025, melibatkan semua pelan termasuk Individu, Keluarga, Duo dan Pelajar.
Ketika ini, pelan Individu Spotify di Malaysia berharga RM17.50, lebih tinggi sedikit berbanding pesaing seperti Apple Music dan YouTube Music, manakala JOOX dan Tidal menawarkan pakej lebih murah.




