Kerajaan bentang keputusan pemberian 40 peratus hasil kepada Sabah esok

Kerajaan akan membentangkan penjelasan menyeluruh di Parlimen esok mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah seperti termaktub di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penjelasan itu akan merangkumi keputusan kerajaan untuk tidak merayu terhadap kadar 40 peratus, namun akan membuat rayuan terhadap beberapa aspek lain dalam penghakiman tersebut.
Beliau menegaskan keputusan ini dicapai secara muafakat selepas mesyuarat khas Jemaah Menteri semalam, yang turut dihadiri Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Kerajaan turut memutuskan untuk tidak merayu keputusan berkaitan Pemberian Khas Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021, yang berdasarkan kadar 40 peratus hasil.




