Kuota 90 peratus anak bumiputera kekal – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kuota 90 peratus Bumiputera dalam program matrikulasi kekal bagi memastikan akses pendidikan lebih seimbang, khususnya kepada pelajar luar bandar.
“Kita iktiraf 10A tetapi kita juga jamin bahawa untuk ke program matrikulasi, anak-anak bumiputera tetap dijamin kuota kemasukan 90% masih anak-anak bumiputera supaya boleh kita ‘bridge the gap’.
“Jadi dalam hal ini yang paling pintar, anak orang kaya di bandar tidak disisihkan. Tetapi 90% kuota dikekalkan supaya jangan berlaku kesenjangan yang terus melebar di antara golongan kaya dan golongan miskin.”
Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi Terengganu di Marang, yang dibangunkan dengan peruntukan awal RM27 juta.
Terdahulu, kerajaan mengesahkan semua 6,717 pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnga 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan ditawarkan tempat secara automatik ke program matrikulasi atau laluan setara.




