Malaysia

Penghantar makanan dipenjara 4 bulan kerana cederakan isteri hamil

Seorang penghantar makanan, Muhammad Aidil Azahar Rahmat, 22, dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya yang hamil.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin memerintahkan hukuman bagi dua pertuduhan berjalan serentak bermula 19 Mac.

Tertuduh didapati menumbuk belakang kepala, menampar, memukul dan menolak mangsa, Nur Azhiimah Abd Razak, 20, hingga jatuh dalam kejadian di sebuah pusat karaoke di Melaka pada 15 Mac.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A. Pendakwaan memohon hukuman setimpal memandangkan mangsa sedang hamil ketika kejadian.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker