Malaysia
Meremang bulu roma.. bunyi ngauman harimau di Proton City
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menjalankan siasatan susulan laporan orang ramai mengenai bunyi ngauman dipercayai harimau berhampiran Taman Rekreasi Ujana Muallim, Proton City, dekat Tanjong Malim.
Siasatan dimulakan selepas tular sebuah video berdurasi 15 saat di media sosial yang memaparkan bunyi ngauman berhampiran kawasan hutan, sekolah menengah dan perumahan.
Walaupun tiada laporan rasmi diterima setakat ini, Perhilitan telah menghantar petugas ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.




