Malaysia

Proses pemulihan Tun M ambil masa lama, rawatan fisioterapi jadi pilihan

Proses pemulihan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat patah tulang pinggul dijangka mengambil masa yang panjang berikutan faktor usia.

Rawatan yang dipilih adalah fisioterapi tanpa pembedahan selepas penilaian bersama pakar dari IJN, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Kuala Lumpur.

Tun Dr. Mahathir masih menjalani rawatan pemulihan susulan kecederaan akibat terjatuh di kediamannya di The Mines pada 6 Januari lalu dan ketika ini tidak menerima pelawat selain keluarga terdekat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker