Dunia
Cuaca panas: Penjawat awam di Venezuela diberi cuti seminggu

Presiden sementara Venezuela, Delcy Rodriguez mengumumkan cuti seminggu untuk sektor awam susulan cuaca panas melampau yang memburukkan krisis tenaga di negara itu.
Langkah itu melibatkan penutupan sektor pendidikan dan kementerian sebagai usaha penjimatan elektrik, ketika negara berdepan tempoh suhu tinggi berpanjangan serta catuan tenaga.
Bagaimanapun, perkhidmatan penting kekal beroperasi, manakala langkah tambahan seperti pemendekan waktu kerja dan penangguhan sekolah turut dilaksanakan bagi mengurangkan penggunaan tenaga.




