DuniaHiburan

Lelaki serbu Ariana Grande dipenjara 9 hari di Singapura

Johson Wen, dipenjara sembilan hari oleh mahkamah Singapura selepas mencetuskan kekecohan dengan menyerbu Ariana Grande ketika tayangan perdana filem Wicked: For Good di Resorts World Sentosa pada 13 November.

Tindakan pemuda warga Australia yang berusia 26 tahun itu dianggap mengganggu ketenteraman awam dan mencetuskan kekecohan di hadapan peminat serta media.

Wen sebelum ini melompat penghadang sebelum berlari ke arah Grande dan menyentuh bahunya, menyebabkan pelakon Cynthia Erivo dan pengawal keselamatan campur tangan.

Ketika dibawa keluar, Wen sekali lagi cuba memasuki kawasan permaidani kuning sebelum ditahan sepenuhnya.

Siasatan mendapati Wen datang ke Singapura khusus untuk acara itu dan sudah memuat naik kandungan di media sosial menunjukkan obsesi terhadap Grande.

Dia turut memuat naik video insiden berkenaan selepas ditahan, yang kemudian tular di pelbagai platform. Rekod juga menunjukkan dia pernah mengganggu beberapa acara berprofil tinggi lain seperti Katy Perry.

Wen ditahan pada 14 November dan direman selama empat hari sebelum mengaku bersalah dan kesalahan itu boleh membawa hukuman maksimum tiga bulan penjara atau denda sehingga S$2,000.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker