Malaysia

Ahmad Maslan cadang tol Genting Highlands khas kepada pengunjung beriadah, bukan pekerja dan penduduk

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa cadangan caj baharu ke atas kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands perlu disasarkan hanya kepada pengunjung yang datang untuk beriadah.

Beliau berpandangan pekerja, penduduk setempat dan pengguna yang melalui kawasan itu atas urusan kerja atau sosial tidak wajar dibebankan.

Menurutnya, kadar caj yang terlalu tinggi boleh mendorong pelancong memilih lokasi lain yang tidak mengenakan bayaran.

Ahmad juga menegaskan bahawa caj tersebut tidak boleh dilabel sebagai tol kerana ia melibatkan jalan persendirian yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, bukan pentadbiran persekutuan.

Sebelum ini, Genting Malaysia mengesahkan rancangan mengenakan caj bagi memasuki Jalan Genting Highlands bagi menampung kos penyelenggaraan jalan gunung sepanjang 24km yang selama ini ditanggung mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker