Dunia
Trump pecat Peguam Negara, ganti dengan bekas peguam peribadi susulan Fail Epstein

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memecat Peguam Negara, Pam Bondi dan melantik bekas peguam peribadinya, Todd Blanche sebagai ketua sementara Jabatan Kehakiman.
Keputusan itu diumumkan menerusi media sosial ketika Bondi berdepan kritikan berkaitan pengendalian Fail Epstein serta kegagalan mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang dilihat sebagai musuh politik Trump.
Trump memaklumkan Bondi akan beralih ke sektor swasta bagi peranan baharu, manakala Blanche yang juga Timbalan Peguam Negara akan mengisi jawatan itu secara sementara.




