Pendakwa raya Taiwan mendakwa sembilan individu kerana dipercayai terlibat dalam eksport pelayan kecerdasan buatan (AI) berteknologi tinggi secara haram ke China.
Lapan daripada mereka termasuk seorang kakitangan Nvidia Taiwan dan dua kakitangan Super Micro Taiwan, didakwa atas kesalahan pecah amanah serta pemalsuan dokumen.
Siasatan mendapati 130 pelayan B300 yang ditempah daripada Super Micro dipercayai menggunakan dokumen palsu bagi menunjukkan ia akan dipasang di sebuah kemudahan pelayan sewaan di Taiwan.
Menurut pendakwa raya di Keelung, suspek dipercayai mengetahui prosedur kawalan eksport ketat yang ditetapkan kedua-dua syarikat, namun tetap berpakat untuk mengaut keuntungan besar.




