Trump mula berdepan tentangan dari ahli republikan sendiri menjelang pilihan raya pertengahan penggal 2026

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini berdepan tentangan yang semakin ketara daripada ahli partinya sendiri di Kongres ketika tekanan menjelang pilihan raya pertengahan penggal (midterm) 2026 semakin meningkat.
Beberapa ahli Parti Republikan mula menolak beberapa agenda utama Trump termasuk isu perang dengan Iran, cadangan dana khas bernilai AS$1.8 bilion serta beberapa pelantikan individu yang dianggap kontroversi.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Kongres telah beberapa kali menentang kehendak Trump. Dewan Perwakilan meluluskan resolusi yang bertujuan mengehadkan kuasa Trump dalam konflik Iran, manakala beberapa senator Republikan turut membantah rancangan dana “anti-weaponization” yang didakwa boleh memberi manfaat kepada sekutu politik beliau.
Ketegangan dalam Parti Republikan dilaporkan semakin memuncak selepas Trump campur tangan dalam pemilihan calon parti dan menyasarkan beberapa ahli Republikan yang bertanding semula dalam pilihan raya akan datang.




