Dunia

Minta pekerja tunjuk gambar datang haid bagi lulus cuti, penyelia universiti digantung tugas

Tiga pekerja pembersihan wanita di Universiti Maharshi Dayanand (MDU), Haryana, India, mendakwa penyelia lelaki meminta gambar bukti datang haid sebelum meluluskan cuti.

Insiden itu berlaku ketika mereka diarahkan bekerja membersihkan kampus sempena lawatan rasmi gabenor negeri walaupun ia hari cuti mingguan mereka.

Ketika memohon cuti kerana sedang datang bulan, penyelia didakwa meminta mereka menghantar gambar tuala wanita sebagai bukti kononnya atas arahan pihak atasan.

Apabila ketiga-tiga wanita itu enggan berbuat demikian, mereka dikatakan diugut dan dimaki, malah dua daripadanya akhirnya terpaksa menghantar gambar tersebut akibat tekanan.

Seorang lagi mendakwa diarahkan memeriksa sendiri rakan sekerjanya bagi “mengesahkan” perkara itu.

Susulan aduan yang dibuat, dua penyelia dan seorang penolong pendaftar universiti digantung tugas serta disiasat polis atas kesalahan mencabul kehormatan wanita dan ugutan jenayah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker