Malaysia

Negara jimat RM169 juta jika 50% tenaga kerja di Lembah Klang BDR

Pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) untuk separuh tenaga kerja di Lembah Klang dianggarkan mampu menjimatkan subsidi bahan api kerajaan sekitar RM169 juta sebulan, menurut RimbaWatch.

Daripada kira-kira 4.08 juta pekerja, sekitar 2.04 juta tidak perlu berada di jalan raya, sekali gus mengurangkan penggunaan petrol sebanyak 4.51 juta liter sehari atau 90.2 juta liter sebulan.

Dengan kadar subsidi semasa RM1.88 seliter, penjimatan bulanan boleh mencecah RM169 juta, manakala dalam tempoh setahun dianggarkan sekitar RM2.03 bilion jika keadaan berterusan.

Langkah BDR akan mula dilaksanakan 15 April melibatkan sektor awam dan GLC, manakala sektor swasta digalakkan turut serta, susulan kenaikan harga bahan api akibat gangguan rantaian bekalan global dan lonjakan harga minyak mentah Brent melebihi 100 dolar AS.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker