Malaysia
Berpelukan hingga akhir hayat, bapa dan anak maut dalam kebakaran

Seorang bapa dan anak lelakinya maut dalam keadaan berpelukan selepas terperangkap dalam kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu, awal pagi Rabu.
Mangsa, Amirul Fahmi Wan Jusoh, 40, dan anaknya, Rehan Yusuf Amirul Fahmi, 9, ditemukan meninggal dunia di tingkat atas rumah.
Isteri Amirul, Nur Izzah Ahmad, 36, berkata suaminya sempat meminta beliau bercuti pada Rabu kerana bayi mereka, Raees Yusuf, kurang sihat.
Jenazah dua beranak itu disolatkan di Masjid Jamek Tok Jembal sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Jembal.




