RM4.8 juta kepada Bersatu untuk ‘balas jasa’ Muhyiddin – Saksi

Seorang ahli perniagaan, Datuk Azman Yusoff, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau membayar RM4.8 juta kepada Bersatu selepas syarikatnya mendapat kontrak kerajaan bernilai RM62 juta.
Azman berkata RM4 juta dibayar melalui akaun peribadinya, manakala RM800,000 daripada akaun KCJ Engineering Sdn Bhd.
Menurutnya, bayaran itu dibuat sebagai usaha “membalas jasa” Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa membantu syarikatnya mendapatkan projek jalan Felda Bukit Jalur ke Gemas, Negeri Sembilan, melalui rundingan terus di bawah Jana Wibawa.
Azman, saksi pendakwaan ke-27, berkata Muhyiddin sebelum ini memberitahu bahawa sebarang sumbangan perlu disalurkan terus kepada Bersatu. Beliau memberi keterangan pada 26 Ogos 2026 dalam perbicaraan kes rasuah Muhyiddin berkaitan Jana Wibawa.




