Malaysia
Anugerah Buku PNM 2025/2026 perkenal kategori digital, angkat karya tempatan

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus memperkasa industri penulisan negara melalui penganjuran Anugerah Buku PNM 2025/2026 sebagai pengiktirafan kepada karya tempatan yang berkualiti dan berimpak tinggi.
Bertemakan “Perbukuan Wadah Perpaduan Negara”, anugerah ini menekankan peranan buku sebagai medium perpaduan masyarakat, selain menggalakkan kerjasama dalam industri perbukuan.
Edisi kali ini turut memperkenalkan kategori baharu iaitu Anugerah Pilihan Pembaca Buku Digital, selaras dengan perkembangan trend pembacaan ke arah digitalisasi.
Dalam edisi sama, Anugerah Penerbit dimenangi oleh Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., manakala Anugerah Khas Juri diberikan kepada buku Malaysia’s Culinary Heritage.




