Malaysia

Mahkamah Rayuan kekalkan saman RM750,000 terhadap Siti Mastura

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Mohamad, membayar RM750,000 kepada tiga pemimpin veteran DAP atas kes fitnah.

Panel tiga hakim menolak rayuan beliau dan mengekalkan keputusan sebelum ini yang mendapati kenyataan Siti Mastura ketika kempen PRK Kemaman 2023 adalah fitnah dan menjejaskan reputasi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok.

Mahkamah sebelum ini memutuskan kenyataan itu tidak berasas kerana mengaitkan ketiga-tiga pemimpin DAP dengan bekas pemimpin komunis, Chin Peng.

Dengan keputusan ini, jumlah ganti rugi kekal RM300,000 kepada Lim Kit Siang, RM250,000 kepada Lim Guan Eng dan RM200,000 kepada Teresa Kok, termasuk kos mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker