Dunia
Doktor Malaysia ketuai kajian rawatan baharu kanser pankreas di Amerika Syarikat

Seorang doktor Malaysia mengetuai satu kajian klinikal di Chicago yang menunjukkan ubat eksperimen berjaya menggandakan kadar kelangsungan hidup satu tahun bagi pesakit kanser pankreas tahap lanjut.
Kajian itu diketuai oleh Dr Devalingam Mahalingam, pakar onkologi di Northwestern University, Amerika Syarikat.
Beliau memimpin ujian klinikal yang menguji ubat eksperimen bernama elraglusib yang digabungkan dengan rawatan kemoterapi.
Kajian ini melibatkan 233 pesakit dari lebih 60 hospital di Amerika Utara dan Eropah.




