Malaysia

JPJ nafi keluarkan nombor plat siri ‘EE’

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan pengeluaran nombor pendaftaran kenderaan siri “EE” susulan penularan sepucuk surat palsu di media sosial.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, mengesahkan siri berkenaan tidak pernah dikeluarkan atau diluluskan oleh jabatan itu.

JPJ memaklumkan surat tular berkenaan merupakan penipuan yang menggunakan format dan identiti dokumen rasmi secara tidak sah, sekali gus mengelirukan orang awam.

Susulan itu, laporan polis telah dibuat bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan membuat semakan hanya melalui saluran rasmi JPJ terhadap sebarang maklumat berkaitan nombor pendaftaran kenderaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker