Malaysia

Disenarai hitam atau ke mahkamah jika gagal bayar saman sebelum 1 Jan – Loke

Kementerian Pengangkutan menggesa semua pemandu supaya menjelaskan saman tertunggak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum 1 Januari 2026 bagi mengelak daripada disenarai hitam atau dirujuk ke mahkamah.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, lebih 5.5 juta saman JPJ masih belum dibayar di seluruh negara setakat ini.

Mulai 1 Januari, pemilik kenderaan atau pemandu yang gagal menyelesaikannya boleh berdepan sekatan termasuk tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu, bergantung kepada jenis kesalahan dilakukan.

Sebagai galakan, JPJ menawarkan diskaun 50% bagi semua saman yang boleh dikompaun bermula 1 November hingga 30 Disember ini.

Langkah itu bertujuan meningkatkan kadar pematuhan undang-undang jalan raya dan mengurangkan jumlah kesalahan tertunggak menjelang tahun baharu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker