Malaysia

4 Remaja serang pemandu E-Hailing wanita selepas didakwa tak cukup duit tambang

Seorang wanita berusia 41 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing melalui detik menakutkan apabila dia dipukul dan dijerut oleh sekumpulan empat remaja dalam kejadian di kawasan berhampiran hutan di Kuala Sungai Baru pada 14 Mei lalu sekitar awal pagi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar memaklumkan, kesemua suspek terdiri daripada dua remaja lelaki berusia 15 dan 17 tahun serta dua remaja perempuan masing-masing berusia 14 tahun.

Difahamkan, kumpulan remaja itu meminta mangsa berhenti di kawasan sunyi sebelum mendakwa tidak mampu membayar tambang, lalu bertindak agresif dengan memukul, menarik rambut dan menjerut leher pemandu e-hailing wanita tersebut.

Kesemua remaja terbabit berjaya diberkas pada hari yang sama dan kini direman bagi membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker