Malaysia

‘Percutian’ pasangan kekasih ke UK hanya sia-sia selepas ditahan jadi keldai dadah

Rancangan dua pasangan kekasih untuk terbang ke Manchester, England musnah apabila mereka ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kerana disyaki menjadi keldai dadah.

Keempat-empat warga tempatan berusia 20-an itu diberkas Isnin lalu selepas pemeriksaan ke atas empat beg mereka menemui 68 bungkus dadah disyaki kanabis seberat 86 kilogram, dianggarkan bernilai RM8.3 juta.

Siasatan mendapati mereka menerima tawaran kerja melalui aplikasi TikTok dengan bayaran antara RM8,000 hingga RM11,000 untuk membawa “barangan” ke luar negara.

Semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan baru pertama kali membuat pasport.

Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala AKPS menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap tawaran kerja dalam talian yang mencurigakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker