
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di New Delhi bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS sebelum meneruskan lawatan rasmi ke Kerala.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan akan mengunjungi Tamil Nadu untuk meneroka ruang kerjasama dan peluang pelaburan dengan Malaysia. Beliau juga dikatakan akan bertemu Ketua Menterinya, C. Joseph Vijay.
Namun, rancangan itu kemudiannya dibatalkan selepas dimaklumkan bahawa Vijay akan berada di London.
Sumber di Tamil Nadu memaklumkan pembatalan berkenaan merupakan satu kehilangan besar kepada komuniti Tamil yang terlepas peluang bertemu Anwar serta meneroka potensi perniagaan dan kerjasama dengan Malaysia.
Bagaimanapun, perkembangan itu tidak menjejaskan hubungan kukuh Malaysia–India. Perdana Menteri Narendra Modi sendiri menghargai pendirian Anwar dalam isu antarabangsa dan usaha beliau mempererat hubungan kedua-dua negara, tambah sumber tersebut.




