Menari dan bersolek dalam kereta dipandu sendiri, wanita china didenda polis

Seorang wanita di timur China menerima kecaman selepas memuat naik video dirinya menari, bersolek dan makan snek ketika memandu menggunakan sistem bantuan pemanduan dalam keretanya.
Dalam video yang tular di media sosial itu, wanita berkenaan dilihat memandu melalui sebuah terowong dengan kedua-dua tangan tidak memegang stereng sambil menyapu foundation dan gincu, selain mengikut rentak muzik dalam kereta.
Menurut laporan, wanita itu turut mendakwa dia masih memberi perhatian kepada keadaan jalan walaupun tangannya melakukan perkara lain ketika memandu. Ketika dipanggil polis, beliau menyatakan walaupun tangannya melakukan perkara lain, beliau masih memikirkan tentang pemanduan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memutuskan tindakannya berbahaya dan melanggar peraturan jalan raya sebelum mengenakan denda terhadap wanita terbabit.




