Malaysia
Lelaki ditemukan maut di tangga rumah kedai di Puchong

Polis sedang menyiasat kes kematian seorang lelaki warga India yang ditemukan tidak sedarkan diri di tangga sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Puchong, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.03 malam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.
Mangsa, berusia 49 tahun dan berstatus pemastautin tetap, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan siasatan lanjut masih dijalankan.




