Malaysia

67% rakyat Malaysia percaya AI cipta lebih banyak peluang kerja tahun ini – Kajian

Rakyat Malaysia dilihat jauh lebih optimistik berbanding purata global bahawa kecerdasan buatan (AI) akan mewujudkan peluang pekerjaan pada 2026, menurut tinjauan terbaharu Ipsos.

Kajian itu mendapati 67 peratus rakyat Malaysia percaya AI akan mencipta lebih banyak pekerjaan tahun ini, disokong oleh kadar penerapan AI yang pantas di negara ini, dianggarkan berkembang sekitar 35 peratus setahun.

Tahap keyakinan ini turut didorong oleh perkembangan ekonomi dan dasar semasa, termasuk pengukuhan ringgit, sokongan bersasar kerajaan serta hala tuju teknologi negara di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Secara keseluruhan, 82 peratus rakyat Malaysia percaya 2026 akan menjadi tahun yang lebih baik berbanding 2025, dengan keyakinan jangka panjang mencecah 77 peratus, jauh mengatasi purata global.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker