Malaysia bersama Indonesia sekat Grok susulan kebimbangan buat stok kandungan lucah

Malaysia mengumumkan sekatan sementara terhadap penggunaan AI Grok, chatbot milik Elon Musk susulan kebimbangan serius penyalahgunaan teknologi itu untuk menghasilkan kandungan lucah dan manipulasi imej berunsur seksual.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan tegas selepas Grok dikesan kerap digunakan untuk menjana gambar pornografi palsu, bahan seksual eksplisit serta imej deepfake tanpa kebenaran, termasuk melibatkan wanita dan kanak-kanak.
Langkah ini dibuat sehari selepas Indonesia terlebih dahulu menyekat Grok atas kebimbangan sama.
Walaupun amaran rasmi telah dikeluarkan kepada X Corp dan xAI LLC pada awal Januari, MCMC mendapati langkah teknikal yang diambil syarikat terbabit tidak mencukupi untuk mengekang penyebaran kandungan haram, sekali gus melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sekatan ini akan kekal sehingga syarikat berkenaan membuktikan mereka mempunyai sistem keselamatan yang berkesan bagi menghalang penghasilan kandungan berbahaya, khususnya eksploitasi seksual.




